Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke laman blog ini. Homestay ini terletak di SU 542 Jalan Indah 4, Taman Indah, Sg Udang 76300 Melaka. Sebenarnya homestay ini terletak di kawasan Bandar Baru Sg Udang. Kedudukannya memang strategik berdekatan penjara besar Sg Udang, Econsave, KFC, Kamdar, dan berbagai-bagai kedai makan pelbagai jenis masakan. Homestay ini juga berdekatan dengan Kem Terendak dan MRSM Terendak. Semua tempat-tempat ini hanya memakan masa perjalanan 10 ke 15 minit perjalanan. Pasar Malam terdekat adalah seperti berikut:
Isnin - Bandar Baru Sg Udang
Selasa - Taman Terendak Permai
Rabu - Sg Udang (Berdekatan Kedai Perabot Tan)
Khamis - Taman Peruna
Jumaat - Tangga Batu
Sabtu - Sg Udang (Berdekatan Kedai Perabot Tan)
Ahad - Masjid Tanah